Selasa, 30 Disember 2014

Codi AOX


Our_Products_Codi_AOX

“Tablet Antioksida Cordyceps dan Campuran Buah-buahan”

CODI AOX merupakan antioksidan yang paling menyeluruh dengan kombinasi 14 jenis ekstrak herba termasuk kultur cordyceps, cendawan shiitake, tomato, epal, oren, anggur, peria, buah delima, beri goji, kudzu, echinacea, pisang, giant knotweed dan teh hijau.


Mengapa Antioksidan begitu penting?
Antioksidan memainkan peranan penting untuk meneutralkan radikal bebas yang mampu merosakkan membran sel dan DNA. Badan kita perlu dibekalkan pelbagai antioksidan dari tumbuhan setiap hari untuk mengekalkan kesihatan optimum, terutamanya bagi fungsi jantung, sistem saraf pusat, kesihatan kulit dan mata. Maka CODI AOX merupakan pilihan terbaik anda sebagai perlindungan antioksidan yang kuat demi keseimbangan kesihatan.


KEUNIKAN CODI AOX
*  Antioksidan yang menyuluruh dalam 1 tablet
    Membekalkan antioksidan yang larut air dan larut lemak

*  Teknologi “Tumbuhan ke Tablet”
    Membolehkan pelbagai kandungan antioksidan dikekalkan pada tahap maksimum dari saat sumber dituai dan diekstrakkan dalam keadaan terkawal

*  Lebih senang diserap dan diasimilasikan
    Tablet kunyah tanpa bersalut memudahkan penyerapan sebaik sahaja dirasa di bawah lidah

*  Kepekatan tinggi
    Dari ekstrak tumbuhan yang padat dan sebati


MANFAAT CODI AOX
* Antioksidan yang paling menyuluruh
   OPC (Oligomeric Proanthocyanidin) adalah sejenis antioksidan yang kuat dalam anggur iaitu 20 kali ganda lebih kuat daripada Vitamin C dan 50 kali ganda lebih kuat daripada Vitamin E

*  Bantu mengimbangkan gula darah
    Charantin (dari peria) dan Asid Corosolik (daripada pisang) dibuktikan secara klinikal berupaya menurunkan dan mengekalkan tahap gula darah yang sihat

*  Cuci kotoran dalam salur darah
    Mengekalkan kesihatan sel salur darah dan unsur nutrien bagi menyokong peredaran darah yang sihat

*  Daya tahan penyakit diperkuatkan
    Cendawan shiitake, beri goji, Echinacea dan cordyceps membantu mempertingkatkan fungsi sistem keimunan terhadap penyakit

*  Elak proses penuaan
    Giant knotweed mengandungi tahap Resveratrol yang tinggi dan dapat mengaktifkan “gen awet muda” SIRT-1 untuk pemulihan sel badan seterusnya melanjutkan usia


KEBAIKAN CODI AOX SEBAGAI ANTIOKSIDAN
*  Ujian Radikal Anion Superoksida (XOD)
    Untuk meunjukkan keupayaan CODI AOX meneutralkan radikal bebas yang berada di dalam tubuh badan - 88.40% Tinggi

*  Ujian Memerangkap Radikal DPPH
    Untuk menunjukkan keupayaan CODI AOX sebagai pertahanan tahap ke-2 bagi memperhentikan penyebaran radikal bebas melalui tindak balas rantaian - 77.73% Tinggi

                                                    Laporan daripada Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Tahukah anda?

Echinacea, sejenis herba yang terkandung dalam Codi AOX merupakan unsur yang baik membantu kita meningkatkan keimunan badan, terutamanya jika anda mudah demam dan sering diserang oleh jangkitan virus atau bakteria.

Echinacea dapat mempertingkatkan kuantiti dan aktiviti sel dalam sistem keimunan termasuk sel anti-tumor, menggalakkan pengaktifan sel –T, merangsang pertumbuhan tisu baru demi pemulihan luka dan mengurangkan inflamasi arthritis dan kulit. Kesan yang paling umum daripada echinacea adalah merangsang fagositosis, iaitu tindakan menelan patogen oleh sel darah putih dan limfosit. Ekstrak echinacea lagi dapat meningkatkan fagositosis sebanyak 20% hingga 40%.

Kajian pada awal tahun 1950an menunjukkan echinacea sebenarnya dapat menghalang perembesan enzim hyaluronidase oleh bakteria, ini dapat mencegah jangkitan semasa digunakan untuk merawat luka.

Echinacea juga merupakan herba semula jadi untuk merawat radang gigi dan mengurangkan sakit gigi. Cuba Codi AOX, anda akan tahu kebaikannya serta-merta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan